Tuesday, April 5, 2011

TUGASAN KUMPULAN

THE MAKING OF MARACAS CANDY

video

AHLI KUMPULAN:

NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID A127162
SITI KHADIJAH BINTI NORDIN A127843
NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI A129848
NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN A130252
FARIDAH HANIS BINTI HOOD A130471

Tuesday, March 22, 2011

ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Pengaplikasian Teknologi Internet Dalam Pendidikan

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi tiga polisi utama :
  • ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
  • Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
  • Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Aplikasi Internet Dalam Bidang Pendidikan

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001. Ini menunjukkan penggunaan internet diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar-pelajar sekolah lain
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa
  • Menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris melalui komunikasi dengan rakan dari luar negara
  • Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan seterusnya prestasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foudation dalam Thomas (2000) terhadap 1,735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53 peratus ibu bapa dan 48 peratus pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian menunjukkan 43 peratus daripada responden kajian menyatakan penggunaan internet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah.

Antara kelebihan internet ialah:
  • Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila- bila masa dan di mana jua mereka berada.
  • Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia.
  • Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas.
  • Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik.
Kesimpulannya, konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang dalam pelajarannya. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan para pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain.

Thursday, March 3, 2011

SMART BOX

Smart Box ini dibuat daripada penyepit kayu. Ia mempunyai dua ruang kotak iaitu ruang kotak yang bersaiz besar untuk penyimpanan barang dan mempunyai penutup serta ruang kotak yang bersaiz kecil untuk meletak alat-alat tulis. Smart Box ini sangat comel, ringkas dan ekonomik.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 kotak penyepit kayu
gam Gajah/ UHU/ kayu
1 kadbod keras
barang hiasan yang menarik

10 Sudut Gambar Smart Box

1. Close up


2. Low angle shot


3. Medium shot from right view


4. High angle shot


5. Extreme close up


6. Low angle shot and medium close up


7. High angle shot and medium close up


8. Long shot


9. Medium shot


10. Medium shot from left view


Keistimewaan smart box ini:
- bahan asas untuk menghasilkan produk ini terdiri daripada bahan buangan dan sangat ekonomik
- smart box ini boleh dihias mengikut kreativiti sendiri

Kegunaan alat ini sebagai bahan bantu mengajar (BBM) :
- melatih para pelajar supaya berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sesuatu produk
- membentuk nilai murni kepada para pelajar supaya menghasilkan sesuatu produk daripada barangan terpakai dan tidak dibuang begitu sahaja


VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI


video video video
video
video video video video video video

Wednesday, March 2, 2011

GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

Phenom  Watch phone/ handphone jam tangan
Seperti jam tangan biasa namun Phenom Watch Phone ini memiliki teknologi canggih untuk memudahkan berkomunikasi. Dicipta oleh Phenom Communications Inc mempunyai GSM quard-band dan memiliki dua set kad SIM yang membolehkan dua nombor digunakan dalam masa yang sama. Ciri-cirinya mempunyai layar sentuh penuh warna berukuran 1.3 inchi, tombol angka, built-in kamera 1.3 megapixel, FM tuner dan speakerphone. Mempunyai pemutar audio dan video dan mempunyai memori SD hingga 2GB.

Segways
Alat kenderaan individu menggunakan teknologi canggih terbaru. Memiliki self-balancing transportation device, hanya memiliki dua buah ban tetapi stabil. Spesifikasi: weight 105 lbs (477kg), tire diameter 19 inches, footprint 19x25 inches (48x63cm), max speed 12.5 mph (20 km/h), range up to 24 miles (38 km), dicipta oleh Dean Kamen.

Alat teknologi untuk bina garisan
Alat ini boleh melakarkan garisan pada ballpen atau pensil dengan tepat dan mudah sekali. Tanpa perlu pembaris ia mampu memudahkan kerja kita dengan hanya menyatukan pada pen kita kemudian menggerakkannya mengikut garisan yang kita mahukan. Dicipta oleh Giha Woo dari Korea.

Set drum wireless Logitech
Set alat muzik ini tidak memerlukan kabel. Untuk menghidupkannya memerlukan dua buah bateri AA yang boleh dicas mampu bertahan hingga 50 jam. Mirip dengan alat konvensional namun bentuknya lebih futuristic. Pada dawainya dilengkapi alat tambahan untuk menangkap sensor.

Airnergy charger tenaga wifi
Alat ini adalah charger canggih tenaga udara. Alat ini hanya menggunakan tenaga listrik yang ditangkap dari signal wifi.  Airnergy memiliki bateri didalamnya dan apabila anda berada di kawasan yang mengandungi wifi, airnergy Secara automatic terisi ulang. Alat ini lebih efektif dari charger tenaga suria yang tidak dapat digunakan pada waktu malam. Kecepatan pengisisan charger tenaga wifi ini tergantung dari kekuatan signal yang diperolehinya. Pada demonya, alat ini mampu mengisi ulang bateri blackberry yang berisi 30% hingga penuh dalam waktu 90 minit.

 Multi-touch screen
Teknologi ini dipopularkan oleh Apple dengan iPhone dan iPod Touch merupakan sebuah inovasi mencipta sebuah trend layar. Teknologi multi-touch untuk dunia pendidikan ini diberi tema “the world’s first interactive classroom”. Media pembelajaran baru ini menggunakan interactive multi-touch desks seperti iPhone versi jumbo. Sebuah perangkat dipadukan dengan SynergyNet framework dibangunkan dari basis gaming engine jMonkey. Software yang digunakan untuk multi-touch desk ini berasaskan open source yang membolehkan setiap orang untuk melakukan coding sesuai dengan keperluannya. Ruang kelas masa depan ini jika diterapkan untuk pembelajaran anak-anak, mereka boleh bermain sambil belajar.


Skycar
Kereta terbang ini dibawa ke dunia nyata oleh sebuah perusahaan bernama Moller International. Perusahaan ini sedang membangunkan kenderaan Skycar yang mampu terbang dan mendarat dengan sistem personal vertical takeoff and landing (vtol).

Iwear VR920
Alat device berteknologi virtual bernama iwear VR920 ini dari perusahaan Icuiti. Alat tersebut berfungsi sebagai output video dan sebagai gaming console.

Jetpack
Alat ini menggunakan jet yang melepaskan gas (boleh juga air) dan kemudian menerbangkan penggunanya. TAM adalah perusahaan pertama dan satu-satunya di dunia yang menghasilkan pakej lengkap kostum yang direka oleh Rocket Belt menggunakan material aerospace dengan mesin penyulingan khusus untuk memproduksi bahan bakar hidrogen peroksida jet tersebut.
Ultrasonic cleaner
Alat dengan teknologi canggih dan unik ini berguna untuk membersihkan barang-barang dengan ultra sound sehingga lekukan-lekukan yang sukar juga boleh dibersihkan kerana media air digetarkan dengan 40, 000 getaran/detik sehingga boleh membersihkan kotoran yang menempel. Hanya isi bekas dengan air dan celupkan benda yang ingin dibersihkan, nyalakan alat beberapa detik. Angkat benda yang sudah bersih. Alat ini sesuai untuk membersihkan barang kemas, cermin mata, peralatan tattoo, reels mancing dan alat-alat kecil. Hanya letak dua titisan detergen ke dalam air 220 volt 30 watt,40 kHz. Saiz bekas WxLxH = 9 x 16.5 x 4cm (oval).