Tuesday, March 22, 2011

ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Pengaplikasian Teknologi Internet Dalam Pendidikan

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat serta meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi tiga polisi utama :
  • ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
  • Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
  • Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Aplikasi Internet Dalam Bidang Pendidikan

Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia (MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003. Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001. Ini menunjukkan penggunaan internet diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pendidikan di Malaysia.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar-pelajar sekolah lain
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa
  • Menggalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris melalui komunikasi dengan rakan dari luar negara
  • Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara “on-line”
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan seterusnya prestasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foudation dalam Thomas (2000) terhadap 1,735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53 peratus ibu bapa dan 48 peratus pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah. Kajian menunjukkan 43 peratus daripada responden kajian menyatakan penggunaan internet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah.

Antara kelebihan internet ialah:
  • Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila- bila masa dan di mana jua mereka berada.
  • Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia.
  • Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah dan pantas.
  • Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik.
Kesimpulannya, konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang dalam pelajarannya. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan para pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain.

17 comments:

  1. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  2. salam Cik Dieba..

    saya sangat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Cik Suhaida tadi berkenaan internet dan perkembangan teknologi dalam pendidikan telah pun menyebabkan kadar pembuangan bayi semakin meningkat berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik.Kebanyakan remaja yang aktif menjalankan aktiviti seksual ini adalah masih bersekolah.
    Bukan sekolah atau pihak guru yang disalahkan tetapi pengawasan serta kawalan tidak diberikan kepada para pelajar sehingga penggunaan teknologi ini disalahgunakan.

    Selain itu, masalah terlalu bergantung kepada teknologi juga menjadi masalah bila pelajar menjadi malas untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan sebaliknya hanya mencari maklumat di dalam internet yang boleh diragui kesahan maklumat itu.

    Dengan menggunakan inernet juga boleh berlaku unsur penipuan maklumat atau gangguan terhadap orang ramai.Terdapat pelajar yang menganggu guru dengan menggunakan bahan internet sebagai tempat melepaskan marah kepada guru tersebut. Begitu juga dengan penipuan atau peniruan maklumat di dalam internet ketika membuat tugasan.

    Jadi, penggunaan internet dalam pendidikan bukanlah perlu dilihat dari sudut kebaikannya sahaja, malah penting juga untuk melihat kesan dan akibat buruk kepada pelajar itu sendiri.

    sekian...

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2,SEM2 SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  3. Teknologi internet adalah merupakan gabungan antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini berkembang dengan pesat dan memberikan kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kemudahan yang disediakan khususnya laman web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.
    Teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh media ialah CD-ROM, cakera padat, VCD, mikrofon, komputer, papan putih, nota dan sebagainya.

    Kajian mendapati bahawa media pengajaran ini berfaedah kerana dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar setelah input diperolehi. Pelajar akan cepat memahami akan maklmumat yang ingin disampaikan oleh guru melalui medium media pengajaran. Bentuk dan kaedah yang digunakan adalah menarik serta mudah difahami telah memudahkan guru menyampaikan maklumat dan pelajar akan mudah menerima serta memahami maklumat yang ingin disampaikan.

    Pembelajaran melalui teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihannaya. Antara seperti :

    • pelajar boleh mencapai capaian bahan maklumat walau di mana jua mereka berada
    • bahan sumber maklumat boleh diperolehi daripada sumber tambahan di seluruh dunia
    • pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat
    • pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik
    Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar dapat memperohi pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi.

    Terdapat pelbagai faktor perlunya teknologi multimedia diwujudkan bersama-sama internet. Antaranya ialah :

    a) meningkatkan minat para pelajar dalam mencari bahan serta maklumat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses P&P berlangsung.

    b) mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi yang digunakan dengan mudah dapat menjimatkan masa. pelajar dapat menggunakan medium ini untuk mempersembahkan proses ujikaji yang dapat digunakan dalam pendidikan.

    c) meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan media yang menarik membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar.

    Oleh itu, medium multimedia ini adalah terbaik dalam proses pendidikan untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu lebih arif dalam penggunaan bahan-bahan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar serta minat mereka tentang teknologi maklumat

    FATIN FARHANA BT ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2
    ISNIN 8-10 MALAM, MAKMAL 3 DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  4. Penggunaan internet banyak manfaat sebenarnya kepada yang pandai menggunakan sumber di dalamnya.Bagi saya, internet sememangnya sumber yang penting dalam pembelajaran saya kerana terdapat banyak buku ilimiah dan jurnal online yang banyak membantu dalam subjek2 saya. Tambahan lagi, bahan di internet adalah up to date dan ini penting kerana bahan terbaru akan menolong saya mmebuat kajian tesis lebih tepat kerana menggunakan situasi semasa.

    Faridah Hanis Bt Hood
    A130471
    FSSK SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  5. Pengaplikasian teknologi dalam bidang pendidikan di Malaysia pada hari ini semakin berkembang dengan begitu pesat. Ia selaras dengan hasrat kerajaan yang amhukan rakyatnya celik IT dan mampu menggunakan pengetahuan teknologi dalam kehidupan seharian. Oleh itu, para pendidik disarankan supay meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam menggunakan ilmu siber khususnya. Dengan adanya kemudahan internet,ia dapat memberi banyak kemudahan dan kebaikan selagi ianya tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan adanaya pengetahuan IT dikalangan murid-murid sejak di bangkyu sekolah, ianya dapat melahirkan generasi muda yang intelek dan mampu memimpin negara di masa akan datang.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
    TAHUN 2,SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    FSSK

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Berbicara mengenai internet, saya berpendapat ia adalah sumber ilmu yang banyak menyediakan maklumat dari sumber yang pelbagai.

    Selain buku, internet adalah sumber bacaan yang memberi pengetahuan dalam masa yang singkat dan cepat. Hanya sekali melayari internet, pelajar boleh menakluki sumber bacaan di E-Book, berbincang di forum dan menulis pendapat/idea di Blog.

    Pelajar boleh merentas sempadan dalam mencari info. Bukan sahaja maklumat dalam negara, tetapi juga isu-isu dan penyelidikan di luar negara. Isu seperti bencana alam, perkembangan teknologi semasa malahan pengajaran dari peperangan juga boleh diakses oleh pelajar untuk menimba ilmu.

    Maka, minda pelajar tidaklah seperti di bawah tempurung. Mereka lebih berdaya kreatif, dan pemikiran yang kritis dalam menghurai hujah disebabkan mindanya yang lebih terbuka.

    Semoga dengan penggunaan internet, ia dapat memberi input positif dalam mengasah minda dan sahsiah pelajar.

    Sekian, wasalam.

    NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2/SEM 2 (Sesi 2010/2011)
    Tutorial: 8-10pm

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    perkembangan ICT di negara kita adalah seiring dengan negara maju.Seperti kawan-kawan yang lain juga,saya bersetuju dengan pendapat mereka iaitu internet dapat dijadikan sumber rujukan tesis dan kursus-kursus lain yang diambil. Dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia celik ICT dan merapatkan jurang digital ini, masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Masing-masing perlu memahami bahawa kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Rakyat perlu menggunakannya untuk membina upaya, menambah nilai dan memperkasakan diri, syarikat serta industri masing-masing, bukan menyalahgunakannya bagi tujuan negatif seperti menabur fitnah atau melayari laman lucah.
    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    ReplyDelete
  8. Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

    Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
    Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
    Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA
    Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
    Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
    Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
    Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
    Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
    Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Adiba,
    Sememangnya tidak dinafikan penggunaan internet membawa pelbagai kemudahan kepada penggunanya seperti yang telah diperkatakan oleh sahabat sekalian. Namun begitu, penggunaan internet ini juga membawa impak yang buruk kepada penggunanya jika mereka menyalah gunakannya. Sebagai contoh masa yang digunakan dihabiskan semata-mata memuat turun video, melayari laman web porno, bermain video game dan sebagainya. Perkara yang tidak bermanfaat ini sudah tentu merugikan diri sendiri. Malah mengecewakan harapan ibu bapa yang menghulurkan wang untuk kegunaan pelajaran tetapi disalahgunakan untuk hiburan semata-mata.
    Perkara ini, bergantung kepada individu tersebut sama ada menginginkan perkara yang baik terhadap dirinya atau sebaliknya. Tidak salah untuk berhibur, yang menjadi salah jika salah memilih hiburan.
    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  10. Salam..
    onsep pembelajaran berasaskan peralatan
    teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang dalam pelajarannya. Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan para pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    TAHUN 2/FSSK

    ReplyDelete
  11. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
    dengan keperluan dalam pembelajaran:
    · berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
    terhadap pelajaran,
    · Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
    murid yang pelbagai keupayaan,
    · Meningkatkan motivasi murid,
    · Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise
    learning)
    · Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
    diperolehi.
    · Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
    masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
    · Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
    dan mencabar,
    · Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan
    eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya
    untuk dilaksanakan dengan cara biasa,
    · Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
    · Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
    dengan bimbingan yang minima,
    · Meningkatkan kemahiran ICT.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Adiba, dan terima kasih di atas maklumat yang diberikan.
    Memang diakui, perkembangan teknologi yang berlaku telah banyak memberi sumbangan dalam memacu kehidupan dunia yang kian kompleks. Pengaplikasian penggunaan internet dalam dunia pendidikan telah mengubah haluan dan cara pembelajaran di mana pelbagai maklumat yang boleh dicapai dalam masa yang singkat. Namun bukan mudah untuk mencapainya kerana ia memerlukan kesediaan daripada tenaga pengajar untuk mempelajari semula tentang teknologi kerana pada masa kini teknologi mengalami kemajuan yang pesat di mana ramai orang yang tidak mengikutinya akan ketinggalan terutama golongan tua. Selain itu, kita perlu mempunyai akses untuk menyekat sebarang maklumat yang tidak bermanfaat seperti pornografi dan maklumat palsu supaya orang ramai terutama para pelajar tidak terpengaruh dengan gejala negatif tersebut. Namun diakui bukan mudah untuk menghalangnya kerana dunia tanpa sempadan pada era kini sukar untuk kita mengawal penyebarannya. Ia memerlukan tindakan agresif daripada pihak yang berkuasa, ibu bapa dan masyarakat kita sendiri supaya sedar tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membendungnya supaya kemajuan teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    NOORHAFIZA HASNI BT AB MANAF
    A127607
    HUMAN DEVELOPMENT 2010/2011(FSSK)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.
    Internet juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang belum lagi diaplikasikan secara meluas. Tidak lupa juga keburukan yang disebabkannya, tetapi itu adalah satu isu besar yang lain.
    HTML, flash, semuanya adalah unsur yang boleh digunakan dalam pendidikan untuk menjadikannya lebih menarik. Samalah seperti untuk customized blog. Mesti gunakan kod HTML (CSS).

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  15. ICT dalam pendidikan merupakan penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Antara saranan saya untuk meningkatkan keberkesanan sistem pembelajaran melalui ICT adalah:
    1) Menggunakan telesidang video untuk berkomunikasi dimana ia merupakan pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video yang dikenali sebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumat dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor video. Kaedah transmisi menggunakan peralatan seperti satelit, gelombang mikro, kabel, gentian optik atau talian telefon digital yang dapat menghubungkan antara dua lokasi atau lebih. Melalui penggunaan video interaktif ini membolehkan seorang pengajar pakar yang berada dalam satu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara satu sama lain.
    2) Pengajar dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran konvensional. Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan. Kreativiti dan inovasi pengajar juga dapat dipaparkan melalui internet bagi pembangunan dan pengembangan kerjaya seseorang pengajar dalam bidangnya. Dengan adanya penyebaran maklumat secara global ini, ia juga dapat menaikkan lagi nama sesebuah institusi pengajian.
    3) Menggunakan kaedah pembelajaran E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaannya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran.
    4) Menggunakan perpustakaan online(e-library) secara mapan dimana ia menyediakan lebih 800 juta maklumat ilmu pengetahuan yang sangat berguna khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perpustakaan secara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti guru dan pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks- teks elektronik banyak membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikut kehendak individu secara interaktif.
    5) Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  16. pada pendapat saya, internet merupakan suatu kepetingan dizaman globalisasi ini. hal ini demikian kerana, dengan adanya kemudahan internet, dapat memudahkan orang ramai mencapai capaian maklumat dengan pantas terutamanya pelajar. oleh hal demikian, perkembangan semasa dunia dapat diketahui dengan mudah. walaubagaimanapun, sebagai individu tidak kiralah bergelar pelajar atau tidak, kita seharusnya bijak memilih sama ada untuk dijadikan kearah positif atau negatif. hal ini demikian kerana, agar internet dapat digunakan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  17. Aplikasi internet dalam pendidikan sudah menjadi trend pada masa kini. Penggunaan internet memudahkan dari segi pencarian dan perkongsian maklumat. Jika sebelum ini perkongsian maklumat hanya bertumpu kepada kawasan setempat sahaja, tetapi dengan penggunaan internet maklumat boleh disebarkan ke serata dunia dan mendapatkan kembali maklumbalas mengenai maklumat yang disebarkan dalam masa yang singkat.

    Ini memberikan kebaikan kerana mutu maklumat yang dikongsi akan menjadi lebih baik. Pelabagai idea boleh dikongsi kerana corak pemikiran yang berbeza menghasilkan idea yang berbeza.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete